Assalamualaikum, 2 hari yang lepas aku ada buat aiskrim Malaysia(aku tak tahu nama sebenar apa, panggil jelah aiskrim Malaysia haha) sebab terinspirasi dari adik aku yang buat sebelum tu. Dia buat perisa buah campuran dengan susu pekat yang sebenarnya nak buat aiskrim bandung tapi sirap kat rumah aku ni macam dah expired jadi tak jadi nak buat aiskrim bandung.
Okey jadi aku buat 2 perisa juga, perisa Teh Merah Thailand dengan Nescafe. Kita guna je apa yang ada ye, janji nikmat haha. Dan aku masukkan coklat masakan juga dalam tu, sebab tak ada coki-coki, maka kita guna alternatif lain. Ok jemput tengok gambar di bawah.
 |
| Ok ni bahan yang aku guna. |
 |
| Ni artis kita pada hari ni. |
 |
| Habuk dia tu tapis lah, kang tak pasal ada yang tersedak nanti. |
 |
Ni coklat masakan yang aku cuba cairkan tapi macam tak berjaya. Maaf kalau nampak tak menyelerakan, sila guna coki-coki lain kali. |
 |
| Taraaaaaa, dah siap aiskrim kita. Aku paling suka nesscafe punya perisa. |
Ok korang yang dekat rumah tu boleh lah buat juga, dah kalau bosan sangat tu buat je. Aku masa buat tu bimbang juga tak sedap, malu pula dengan keluarga aku nanti haha. Tapi Alhamdulillah sedapppppp, tapi tulah tak boleh makan banyak sangat, nanti gemuk hehe. Ok terima kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa komen dekat bawah hehe.
Comments
Post a Comment