Not So Food Hunting
Assalamualaikum, okey hari ni saja nak cerita benda dah lepas padahal haha. Tak apalah dah sebab kita bosan musim Corona Virus ni kena ikut Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) kan huhu. Saja nak throwback balik masa 13 March haritu. Aku pergi mana? Pergi bandar Dungun je, demi nak menghilangkan craving. Benda dah rancang seminggu dah, jadi kena lah pergi juga takut makin craving haha. Tapi nasib baik pergi tu sebelum PKP.
Masa 13 Mac tu, pagi tu kelakar sikit. Aku tiba-tiba kena kena ganti presiden kelab aku untuk mesyuarat. 20 minit sebelum mesyuarat start presiden call, jadi terpaksalah pergi, gosok gigi dengan basuh muka je sebab tak sempat weh nak mandi. Dalam tentatif program kata pukul 4 atau 5 petang macam tu habis, tapi nasib baik habis pukul 11 lebih.(sempatlah nak food hunting hehe).
Pukul 2 lebih macam tu aku dengan roommate aku, Nadia gerak keluar bilik cari van kunyit dekat Pos A sebab dekat Kolej Duyung ni jarang yang amatlah van kunyit nak lalu. Nasib baiklah sampai je dekat Pos A ada van kunyit lalu, kebetulan macam tahu-tahu je kitorang nak keluar haha. Bertolak lah kitorang dari uitm ke lokasi pertama iaitu McDonald.
Waktu tu Mcd ada keluarkan menu baru (McFlurry Blueberry dan Blueberry cheese pie) jadi aku pergi Mcd memang semata-mata nak rasa dua menu baru tu. Jadi sampai je sana aku order, set Mix&Match (McChicken dan fries), Mcflurry blueberry dan pie tadi tu. Nadia pun order benda sama macam aku kecuali pie tu dia tak order.
![]() |
| Ok ni makanan pertama pada hari tu hehe. (Pie tu okey sedap, tapi muak ya Allah padahal dah bagi Nadia sikit). |
![]() |
| Maaf, tapi saya kecewa dapat ayam kecik, lepastu ayam dekat burger pulak kering. |
Masuk kedai Mykori tu rasa awkward sikit sebab tak pernah masuk. Kitorang pun duduklah dekat meja yang kitorang pilih. Nadia pun kata, abang dekat kaunter tu pandang pelik je. Aku pun oh ye eh? Kita kena order sana kot, jomlah. Masa order tu geram juga dengan abang tu, sikit pun tak senyum, monyok je -_-. Kitorang order bingsu perisa matcha saiz kecil harga RM13. Nak je order benda lain sebenarnya tapi tulah, nanti duit melayang haihhh.

![]() |
| Dalam dia ada inti macam jelly dan kacang. Manis dan sedap. |
![]() |
| Aku bagi 3/5. Sedap je, tapi kalau lama-lama makan lidah rasa pahit pulak. Biasalah, green tea kan. |
![]() |
| OK tak ready |
![]() |
| Awkward |
![]() |
| Hehe |
Dah habis Mykori pergi kedai baru buka satu lagi, Tealive. Tapi sebab ramai orang dan kitorang pun dah spend banyak jadi kitorang tak jadi. Kitorang pun pergi lorong belakang bangunan. Sebenarnya nak pergi dekat van kunyit, tapi jadi sesi bergambar lagi sekali haha biasalah perempuan.
![]() |
| Panas lit-lit(ni depan Mykori). |
![]() |
| Ni acah ni hahaha |
![]() |
| Ni pun acah no.2 hahaha |
Tu jelah perjalanan aku hari tu haha. Otw balik kolej naik vk tu member buat permintaan dekat pakcik vk pulak. Dia suruh pakcik vk tu hantar budak Gemia dulu sebab nak tengok Kolej Gemia macam mana HAHAHA. Bagi aku Kolej Gemia tu nampak macam Kolej Redang pulak, nak sama sikit.
Ok tamat sudah entri ni huhu. Di lain sesi Foodventure kita cerita lagi. Terima kasih sebab sudi baca, jangan lupa komen dekat bawah.











Wah mantap bossku!!
ReplyDeleteHahahaha mashehhh
Delete