Kena Duduk Rumah Lagi Ke?
Assalamualaikum hai guys, ok sekarang ni tahu tak hari ke berapa kita dalam mode PKP ni? Dah sampai hari yang ke-22 ya guys. Hari-hari aku tengok Twitter rasmi KKM dan hari ni kes Covid-19 masih lagi ada pertambahan.
Jadi aku buat kesimpulan, kerajaan memang akan tambahkan lagi tempoh PKP. Sila-silap selama 2 bulan tempoh PKP ni, sebab yang tengah dirawat sekarang pun dah 2 ribu lebih. Sedih tu memanglah sedih, kena berkurung je dalam rumah. Kalau rumah macam istana tu aku rasa best lagi boleh merayau keliling hahaha.
Apa-apa pun pastikan korang patuhi PKP ni. Stay at home! Jangan gatal kaki nak keluar rumah kalau tak ada urusan penting. Aku cuma harap benda ni akan pulih sebelum raya. Tak boleh aku bayangkan raya dalam keadaan macam ni. Aku nak jumpa saudara-mara, nak dapat duit raya, nak makan kuih raya, nak makan juadah raya dan macam-macam lagi.
Ramadhan pun tak lama dah, lagi seminggu lebih je lagi. Sama-sama kita doakan biar kes ni cepat menurun dan doakan yang dijangkiti tu cepat sembuh aminnn.
Terima kasih sudi baca, jangan lupa komen dekat bawah sebagai pembakar semangat aku untuk terus menulis😊.
Comments
Post a Comment